~hitam putih kehidupan~

things that i never will be able to tell face to face to a single soul, yes, i am a coward, unable to express myself, so?

Sebagai penghargaan terhadap rasa kenegaraan yang membuak-buak semenjak 2-3 minggu ini, coretan ini akan ditulis dalam Bahasa Melayu.

Demam pilihanraya dah kembali dan kiri kanan jalan(dan rumah, restoran, masjid?,hentian bas dan pokok-pokok) kian dipenuhi pelbagai warna melambangkan betapa meriahnya rakyat Malaysia. Fenomena yang biasa dapat kita lihat selang 3-5 tahun. Pastinya sentimen dan fahaman politik makin menebal dalam sanubari kebanyakan warga Malaysia.

Aku akan menunaikan tanggungjawab buat pertama kali biarpun usia sudah menjangkau 27tahun. (Tahun 2004 tak sempat mendaftar, terlampau sibuk dengan hal duniawi yang lain..) Tatkala ini ramai yang menjadi pembanci tak rasmi dan mula menghakimi orang lain berdasarkan parti yang dipilih...Teman serumah ada jawapan yang amat bernas jika ditanya.."'Undi siapa?". dengan selamba dia menjawab..."Undi adalah rahsia...satu undi untuk negara.." :)

Minggu lepas aku terima mesej, bunyinya lebih kurang begini....

"P*S T*l*k Kemang is having a campaign to collect donation for the coming election.....bla..bla...bla..."

Lebih kurang macam itulah isi kandungannya, segera aku padam mesej itu, rasa agak meluat dan jelek pun ada. Dengan gaji tak seberapa dan bermacam tanggungan serta hutang keliling pinggang, aku tak akan sanggup untuk menyalurkan hasil titik peluhku ke situ. Bukanlah aku benci sangat dengan kumpulan orang-orang itu, tetapi perjuangan mereka yang tidak pernah menampakkan hasil dan kadangkala hujah-hujah yang tidak berasas. Tidak perlu aku bincang dengan lebih lanjut...

Detik-detik begini banyak menguji sejauh mana yakinnya kita pada pemimpin yang kita, makin hari, makin banyak hasutan-hasutan dan racun yang mula menggoyah pendirian. Bagi aku, setakat ini aku puas dengan apa yang ada. Sebagai salah seorang yang tak putus-putus hidupnya dibantu oleh subsidi, aku bersyukur dan harapnya keadaan tak akan berubah.

Sentimen ini begitu kuat kerana mengenangkan jika tiada BKP (biasiswa kecil persekutuan), aku mungkin tidak cukup kelengkapan untuk belajar. Bantuan Makanan Bulanan yang kami terima dari Baitulmal tiap-tiap bulan membolehkan kami sekeluarga makan seperti orang lain (walaupun hari-hari makan ikan sardin...) Jika benar masalah rasuah bagai dikata, bantuan sedimikian tidak akan berterusan selama lebih 10 tahun...renung-renungkan. Susah nak mempertahankan kerajaan yang dibelenggu rasuah pada tahap serius...contoh terdekat lihat Indonesia. Jika dibuat perbandingan, sekali lagi rasa bersyukur timbul...

Aku akui, kerajaan kita tidaklah bersih bagai dikata...cuba cari, manakah kerajaan di dunia kini yang 100% bersih?? Brunei yang kononnya 'Islamic' pun ada 'jerangkung dalam almari' (terjemahan langsung dari peribahasa Inggeris...;)

Untung nasibku pada 1998 dan 1999 PTPTN mula diperkenalkan, jikalau tidak aku pasti susah untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. IPTS apatah lagi..tak terdaya aku nak membayar yuran bulanannya yang melebihi anggaran perbelanjaan makanku untuk setahun...

Banyak janji-janji pihak P*S dan sekutunya untuk memansuhkan pembayaran balik pinjaman tersebut....di manakah logiknya? hapuskan tol? hapuskan cukai? Dari mana akan datangnya pendapatan negara? Bagaimana nak melaksanakan rancangan pembangunan?
Walaupun aku tidaklah sehebat mana mendalami ilmu agama, tapi dalam Islam tidak pernah menggalakkan umatnya sampai begitu ekstrem.

Masih banyak ruang untuk pembangunan dalam kerajaan yang sedia ada dan kepercayaanku masih teguh bahawa mereka akan terus memacu pembangunan negara.
Oh ya.. terlupa lagi satu sentimen yang kerap dimainkan...jangan undi orang bukan Islam, tandanya bersekutu dengan orang kafir..hhmmm...Ahli Parlimenku seorang berbangsa Cina dan bilik gerakannya hanya di depan blok rumah flet aku. (Percaya atau tidak, bilik gerakan ini berfungsi setiap masa...walaupun bukan musim pilihanraya...)

Keluarga kami tiada pertalian dengan mana-mana Pegawai Gred A kakitangan kerajaan..jadi bayangkanlah tika nak memohon ke mana-mana (sekolah berasrama, IPTA dan macam-macam hal lagi..) cop pegawai gred A amatlah bernilai...dan saat-saat itu, fungsi Ahli Parlimen dan Wakil Rakyat amat ketara. Walau kecil (hanya cop dan tandatangan) dan masa yang amat singkat dicurahkan..(tak sampai 30 minit untuk satu-satu urusan..), jasanya amat aku dan adik beradik hargai...sungguh!!!
Ramai yang tidak sedar akan perkara sekecil begini kerana majoriti dan kebanyakan orang ada 'saudara' atau kawan ayah dan sebagainya untuk selesaikan urusan sekecil itu. Nasib orang yang berbeza dan itu membuatkan aku lebih bersyukur...

Jadi, jika aku terus memilihnya untuk berkhidmat di kawasanku, adakah aku akan dikategorikan sebagai bersubahat dengan orang kafir?? Aku tak pandai dalam ilmu agama dan banyak lagi yang perlu aku dalami untuk menjawab pada hujah ini. Tapi buat masa ini, aku akan tetapkan pendirian untuk buat apa yang patut dan 'fit for purpose' (yang ini sukar untuk diterjemah??tolong.....)

Jadi, keputusannya, marilah mengundi...atau tidak, tepuk dada, jangan tanya selera, tanya akal. Jika anda rasa tak sanggup 'bersekongkol' dengan orang kafir....faham-faham sahajalah...Jika itu tidak menjadi isu...pilihlah dengan bijak!!! :)

SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGA MALAYSIA!!

0 comments:

Post a Comment

say what you want to say but i'll still do as i want ;)

What you'll find here

Space to vent and to let out things that I can never share with any living things (human). I am not an animal person, so cat will not help ;p.

Personal experience and hopes, wishes and gratitudes and always reality that bites hard will be pen down and shared with anyone who cares to read.

Lavender is....

My photo
born Muslim and trying hard to live like one as well. overweight physically and have been trying since forever to loose weigtht. loner and eventhough with a group of friends, will not say much unless asked. never been the centre of attention (apart from my figure that really stoods out!!) never been in serious relationship before due to the fact that I am not pretty and fat and not friendly. having said that a really good fren and damn good supporter.